Berubah~change



Assalamualaikum:)

tetiba rasa nak cakap pasal PERUBAHAN.

  

bagik aku, berubah ni ada 4 je kot. sama ada:

-dari baik kepada tak berapa nak baik-
-dari tak baik kepada makin tak baik-
-dari tak baik kepada baik-
-dari baik kepada makin baik-

semua orang nak yang dua bawah tu je, insyaAllah ^_^ walaupun gitu, bak kata HLOVATE: hati kita Allah yang pegang :) mungkin kita nak jadik baik+makin baik tapi Allah nak bagik ujian kat kita, terjerumuslah kita ke arah yang tak baik. apa2pun, semuanya mesti ada hikmahnya yang tersurat mahupun tersirat.

sejuk je mata ni memandang orang2 yang selama ni gitu2 je tapi sekarang alhamdulillah makin baik+soleh @ solehah. kalau yg soleh2 tuh rasa nak buat suami je kan? main2 je =.= (tapi apa salahnya? tak salah pun)

kalau dulu aku tengok dia tak pakai tudung, sekarang ni tudung dah tutup sepenuh2nya. kalau dulu aku nampak, pehhhhh~bab2 menggatal n mengorat dia numbor satu tapi sekarang dialah yang paling pandai ajak orang pergi masjid. kalau dulu pemalas tahap tak reti nak cakap untuk solat, sekarang ni asyik muka dia je dalam surau tuh. alhamdulillah.

bak kata cikgu TITAS (puan anita): sejuk perut ibu mengandung :) kan2?hehe :D alhamdulillah~


tapi tak kurang jugak ada yang berubah ke arah kurang baik. sedih je tengok. kadang2 takut jugak kalau jadik cmtuh. apa2 pun semoga Allah sentiasa memberikan hidayah kepada kita semua. naudzubillah daripada perkara2 yang tidak baik, amin. 

dulu awak lah ratu tudung labuh, tapi sekarang awak la ratu singkat2kan tudung. (part ni aku paling sedih--mintak jauh drpd terkena kat diri sendiri.ameen). dulu awak marah saya bila saya tak pakai handcap tapi sekarang kaki awak tak tertutup, mana stokingnya?

dan

dulu, anta lah yang lantang bersuara bila ada yang berkapel2. tapi kenapa sekarang anta suka telepon2 perempuan? dulu, anta lah manusia paling anti ngan perempuan2 gedik tapi sekarang kenapa anta sekali dah berjoin ngan mereka2 itu? dulu, rendahnya hati bila bercakap tapi sekarang kenapa anta berbangga diri? -ok, sekarang aku dh termasuk part hidup sendiri-

walau apa yang berlaku, aku ingat kata2 sahabat aku: 
seseorang yang pernah hatinya dekat sangat dengan Allah, insyaAllah suatu hari nanti bila dia berubah, dia akan rindukan saat2 dulu balik.insyaAllah =)


bytheway, yang nak berubah ke arah baik @ lebih baik (termasuk aku), semoga Allah memberi peluang kepada kita. ameen=D takutnya jauh daripada Allah.huhu.. dan, bersiap sedialah untuk diuji. 

bak kata ustazah Norita (ALSP): nak berubah sangat memerlukan perngorbanan..berubah dengan slow2 pun takpe asalkan kamu istiqomah. yang nak berubah terus totally, perlu bermujahadah sikit..


p/s: awak, saya nak tengok awak yang dulu.
anta, ana nak tengok anta yang dulu.
dan
"..ya Allah, janganlah Engkau pesonkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami..'' amen3!!=D semoga sentiasa dilindungiNya. insyaAllah.sekian. -rasabuatdiarijepulak.huhu-

 


Rindu Ukhwah Zaman Matrikulasi


Assalamualaikum :)

Sehelai demi sehelai bacaan Al-Mathurat diselak. Setiap doa dibaca perlahan. Makna bacaan tertera di muka surat sebelah, dihayati sebaik mungkin. Memaknakan hari dengan memotivasikan diri daripada doa-doa mathur. Memohon pada Allah sebanyak-banyaknya.

Ketika bersendirian membacanya, hati seringkali melayang teringatkan teman-teman. Mengapa hati dan bukan fikiran? Kerana hati merasa. Wajah-wajah mereka hadir satu persatu di depan mata. 


Kemudian, terlihat mereka mengukir senyuman seolah-olah menyapa. Aduh, lama benar kita tidak berjumpa. Rindu sekali untuk berbual bicara. Namun, itu semua bayangan. Bayangan yang hadir daripada kenangan.

Kenangan kita membaca Al-Mathurat bersama-sama. dengan budak surau, dengan rumet.

Kini, tiada lagi teman-teman yang duduk bersama mengalunkan Al-Mathurat. Duduk dalam satu bulatan. Lutut bersentuhan. Hati terpaut mengalun doa serentak. Itulah rutin sehari-hari ketika menuntut di kolej dahulu. Dua kali sehari, selepas Subuh dan Asar. Di hujung bacaan, salah seorang akan mengetuai bacaan. Bacaan penutup Al-Mathurat. Teman-teman lain menadah tangan mengaminkan.

Ucapan; Maafkan Aku Teman

Sayang kamu lillahitaala”.

Uhibukillah ya ukhti”.

Mereka sering mengungkapkan. Melalui tulisan mahupun ucapan. Seringkali mereka juga yang memulakan. Seringkali juga saya kaku memberikan reaksi. Tidak biasa barangkali. Kekok meluahkan.
Kadangkala ucapan mereka tidak terbalas. Bukan tidak hargai, cuma kadangkala dibalas di dalam hati. Segan, malu…..ah……bermacam-macam alasan. Namun, sahabat-sahabat ini tidak pernah jemu. Tidak pernah henti mengucapkan. Mengucapkan tanpa mengharapkan balasan.

Ucapan-ucapan ini tidak dipandang sepi. Dihayati dan dihargai. Samada di kad-kad hari lahir, perbualan di YM sekalipun di pesanan ringkas SMS dan laman mukabuku. Istiqamah mereka menzahirkan rasa cinta buat saudaranya melembutkan jiwa. Kini, saya pula berlumba untuk mengucapkan rasa cinta lebih dahulu daripada mereka.

Saya sayang kamu lillahita`ala

Maafkan aku teman, andai ucapan engkau pernah aku abaikan.

Teguran; Maafkan Aku Teman

Pernah anda mendengar kata-kata hikmah, “kerana sayang, kita menegur”. Menegur untuk kebaikan, bukan menjatuhkan! Namun, acapkali kurang diamalkan.
Memberi peringatan secara umum sudah menjadi kebiasaan. Namun, teguran secara peribadi itu kadangkala diperlukan. Teguran ikhlas dari seorang sahabat agar kelemahan diri ditukar menjadi kebaikan. Kebaikan menjadi kekuatan. Begitulah sebaiknya.

Tolong tegur saya dalam bab pergaulan…”, kerisauan diwajah jelas kelihatan.

Sahabat yang terkenal dengan keramahannya. Risau barangkali andai kurang `menjaga`. Selepas sama-sama mendengar tazkirah tentang bab pergaulan, cepat-cepat pesanan di atas diluahkan. Ketika itu juga saya tersedar, sudah tertunaikan tanggungjawabku sebagai teman menegur untuk kebaikan.

Atau diri ini tidak menegur kerana cuba memberikan alasan?

Takut andai sahabat kecil hati.

Sudah pasti sahabat sedar akan kesalahannya.

Hendak menegur? Diri sendiri pun tidak cukup baik.

Bermacam-macam lagi.

Alasan boleh dicari. Tanpa teguran daripada sahabat, diri sendiri yang rugi. Sahabat yang akrab ibarat cermin. Memberitahu kekurangan yang tidak dapat dilihat dengan mata sendiri.

Maafkan aku teman, seringkali aku mengabaikan teguran untuk dirimu memperoleh kebaikan.

Ingatan; Maafkan Aku Teman

Saya mahu pakai tudung labuh….” ayatnya terhenti.

Tolong doakan saya”, penuh harap dia memberitahu.

Kamu tidak doakan saya kan?” sikapnya yang berterus-terang menyedarkan saya.

Berapa ramai daripada kita yang mendoakan sahabat-sahabat agaknya.

Melihatkan sahabat dalam musibah, doakan agar dirinya jauh dari resah.

Melihatkan sahabat hidup kesenangan, doakan agar dirinya tidak lalai mencari kekayaan.

Melihatkan sahabat jauh dari Tuhan, doakan agar dirinya diberikan petunjuk dan kekuatan.

Doa tanda ingatan ketika berjauhan. Kelak masing-masing punya kehidupan sendiri. Mungkin menjadi sukar untuk berhubung bertanya khabar bertukar cerita. Biarlah kenangan bersama teman tetap kekal dihati. Menjadi pengalaman berharga. Belajar daripada mereka.

Maafkan aku teman, andai kadangkala diri ini lupa untuk mendoakan tanda ingatan.

Satukan Hati-hati Kami

Ayat kegemaran ketika doa Rabitah Al-Mathurat.

Allahuma innaka ta`lam anna hazihil quluub

Aminnnn”, ucap teman-teman lain didalam bulatan.

Begitulah rutin dua kali sehari ketika di kolej dahulu. Mengikat jiwa, merapatkan ukhwah. Biar basah dengan ingatan pada Allah. Jauh dari bertelingkah mahupun amarah. Persaudaraan yang indah-indah. 

Andai merajuk, kembali reda. Andai terasa, dipujuk segera.

Kini, tiada lagi teman-teman untuk mengaminkan doa bersama-sama.

Namun tatkala ayat di atas di baca yang ertinya…

Sesungguhnya Engkau tahu, bahawa hati ini telah berpadu…

Wajah teman-teman saya bayangkan satu persatu. Wajah pemilik hati-hati.

Maafkan aku teman andai ada hakmu tidak ditunaikan. Biarpun kini berjauhan, sama-samalah memberi. Menjadi teman yang baik buat insan disekeliling. Ingatan bersama tetap dalam kenangan. Moga pertemuan dan perpisahan kerana Allah ini diberkatiNya.

Kita mungkin jauh, tapi dekat. Allah sebagai pengikat.

Doa Rabitah
~matrikulasi: zaman di mana saya mengenali ma'thurat~

p/s: saya nak cakap sekarang. saya rindu mereka... budak surau + rumet!
bukan setakat kerana ukhwah yang terbina tapi jugak sebab pengalaman yang dirasai bersama... :) saya juga rindukan nasihat daripada mereka, walaupun dulu rasa tak menyenangkan :( *tolong sapu airmata saya ni T.T*

sekian: akhlisah.solehah ^^



Bermulanya Alam Universiti


Assalamualaikum :|


minggu ni ramai akan akan memulakan 'hidup baru', termasuk aku (dah besar rupanya). ada yang mendaftar esok, ada yang lusa, dan sebagainya. my turn: RABU o.O kebanyakannya orang2 yang kenal, depa daftar esok ataupun rabu..

Ami Azuwan nak terbang dah T.T paling jauh minah ni~

p/s: gudluck ntuk siapa2 yg daftar esok (mesti korang cuak kan? ada rasa nak nanges tak? sedih ke hepi?) huhu. nanti tunggu malam isnin ni baru lah rasa sedih ke tak. harap2 tak sedih..konon.

btw, aku dapat kos Actuarial Science and Risk Management (ASRM). apa tuh? ni kos math.. math ni ada 3 cabang. aktuari, statistic dan satu lagik pure math. Aktuari ni paling tough la. (konon).. dah la takut ngan subjek math.. boleh pulak yg paling tough ni. rasa seram je. tengok cerita hantu pun tak rasa seram macam ni.

siap ada page gini kat FB.. seram2


masa aku bagitahu kat orang apakah sains aktuari ni, ramai tak tahu kos apa ni.

"wah, tahniah..dapat sains! tapi sains aktuari tu apa?"
"lisa, kos apa tuh?"
"owh..nanti kerja tenak ayam itik la eh?" --->> yang ni paling takleh terima T.T 
"aktuari? yg keje kat lombong tuh eh" =yg tuh kuari la weh T.T

kalau orang2 yang tahu pulak

"wow!hebat"
"aktuari?yg math tuh ke?power!" astaghfirullah, aku berbangga.
"kos tuh tak banyak lagik kat malaysia"
"nnti mesti masa kerja busy"

huhu..apa2 je la.. yang penting, kalau dah jodoh aku ngan SA, aku terima. insyaAllah.. SA tuh sains aktuari ye, jangan nak fikir ikut lain. =.=
btw, last, selamat berjaya buat semua sahbat yg akan memulakan hidup baru! jaga diri semua, jaga iman, jaga Islam, jaga lain2 (pesanan ntuk diri sdrik jugak)..


nanti bila semua dah kluar U, muka masing2 kena macam ni ye:

p/s: ada gak rasa nak tukar kos. since aku minat Chemistry sangat, rasa sayang nak tinggalkan Pakcik Chemistry :( tapi tengok la macam mana nnti :)
 
ok. sekian. Assalamualaikum ^^